Sunday, August 24, 2008

APA ITU BERSALIN DI DALAM AIR???

Bersalin dalam air di kategorikan sebagai bersalin secara normal.Tetapi menggunakan kaedah dan cara yang berbeza daripada bersalin secara biasa.Kaedah bersalin ini telah meluas penggunaannya di negara Eropah,Amerika,Australia dan beberapa negara Asia seperti Indonesia.

Kaedah bersalin dalam air ini sudah lama wujud iaitu semenjak tahun 1800-an lagi.Rusia merupakan negara pertama yang mengamalkan kaedah bersalin di dalam air ini iaitu sejak tahun 1960-an lagi. cuma tidak secara meluas.Igor Tjarkovsky, seorang pelatih renang dan penasihat olahraga yang telah memperkembangkan kaedah bersalin ini di Rusia.Kemudian kaedah bersalin ini telah diperkembangkan lagi oleh seorang doktor di Perancis pada tahun 1997.Pada tahun 1980-1990 mulai meluas di Eropah dan Amerika dan 2004 di Indonesia.Seperti yang direkodkan oleh WHO dan Departmen Kesihatan RI tidak ada sebarang kematian yang melibatkan kaedah bersalin di dalam air ini.

CARA DAN KAEDAH BERSALIN DALAM AIR

Sebelum bersalin

Ibu-ibu yang memilih kaedah bersalin ini digalakkan untuk membuat persiapan yang rapi sebelum melakukan proses bersalin.
• Ibu perlu memastikan mereka tidak mempunyai penyakit kelamin sebelum memilih kaedah persalinan ini.
• Ibu yang hamil anak kembar tidak di galakkan menggunakan cara persalinan di dalam air.
• Ibu-ibu digalakkan melakukan senaman yoga,meditasi,latihan bernafas, dan berjalan di tempat yang tenang seperti pantai.
• Ibu-ibu perlu minum air yang mampu memberikan tenaga secukupnya untuk membantu semasa proses bersalin.
• Pastikan kekotoran ibu dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu contohnya seperti membuang air besar atau najis.

Semasa proses bersalin

• Menggunakan air yang hangat dalam lingkungan 34°-36°,air yang bersih dan bebas daripada kotoran seperti ubat,bahan kimia dan virus.Penggunaan air yang hangat dapat membuatka vargina menjadi elastis dan menyebabkan percepatan proses bersalin.Apabila si ibu meneran tidaklah terlalu berat dan mampu mengurangkan kesakitan.
• Ibu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan pastikan posisi bayi berada dalam keadaan yang betul.
• Ibu-ibu perlu menjalani latihan mengeran terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kolam untuk melancarkan proses bersalin dan untuk memastikan tidak banyak luka yang akan di tinggalkan.
• Apabila rahim si ibu telah terbuka antara 6cm-7cm si ibu sudah boleh di bawa masuk ke dalam kolam berisi air hangat untuk proses bersalin berbanding bersalin secara biasa yang memerlukan rahim terbuka sebanyak 10cm.
• Bayi akan segera di angkat dan diletakkan ke dada ibu.Kemudian si ibu akan menjalani proses pembuangan tembuni dan pembersihan tubuh badan.Rawatan selanjutnya akan diberikan kepada ibu yang mengalami luka di bahagian vargina.

KELEBIHAN BERSALIN DALAM AIR

KELEBIHAN KEPADA IBU
• Kaedah bersalin di dalam air ini mampu memberikan ketenangan kepada si ibu kerana menggunakan air yang hangat untuk lebih menjamin keselesaan si ibu semasa bersalin dan mampu melupakan masalah atau kerisauan yang bakal di alami semasa melahirkan anak.
• Kaedah ini juga mampu mempercepatkan proses bersalin.Hal ini kerana apabila rahim ibu sudah terbuka sebanyak 6cm atau 7cm mereka sudah boleh melahirkan anak berbanding bersalin secara biasa yang memerlukan 10cm.
• Selain itu si ibu lebih bebas bergerak mengikut keselesaan mereka dan mampu menghilangkan rasa gentar yang sedia ada.
• Kesakitan yang di alami juga tidaklah sesakit bersalin secara biasa kerana proses bersalin menggunakan kaedah yang lebih tenang dan mudah.
• Pendarahan juga adalah amat sedikit dan meninggalkan luka yang tidak terlalu banyak.

KEPADA BAYI
• Risiko untuk bayi minum air ketuban adalah sangat rendah berbanding bersalin secara kaedah biasa.
• Bayi yang di lahirkan lebih ringan dan mudah untuk keluar dan tidak menyebabkan banyak masalah berlaku serta melancarkan proses bersalin.
• Kulit bayi yang di lahirkan lebih bersih dan sihat.

CONTOH PENGALAMAN IBU-IBU YANG MENGGUNAKAN KAEDAH BERSALIN DI DALAM AIR



Oppie Andaresta merupakan seorang penyanyi memilih untuk melahirkan secara normal tetapi menggunakan kaedah bersalin di dalam air awal Julai lalu. Pilihannya adalah berdasarkan keinginannya untuk melahirkan dalam keadaan yang jauh daripada tekanan. Oppie melahirkan kandungannya di Klinik Bumi Sehat, di Mas Ubud, Nyuh Kuning, Bali. Sebelum bersalinan, Oppie mengisi hari-harinya dengan melakukan senaman yoga, meditasi, latihan bernafas dan berjalan-jalan di pantai Kuta untuk memperoleh ketenangan yang di impikan.Oppie menyifatkan bersalin di dalam air merupakan satu pengalaman yang menakjubkan kerana sangat berbeza daripada bersalin secara biasa.Kesakitan yang di alami tidak seteruk bersalin sebelumnya dan proses persalinan ini mengambil masa yang agak cepat dan lebih tenang.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lebih lanjut anda boleh menghubungi kami di nombor telefon yang tertera atau datang terus ke pejabat serta klinik kami yang beralamat seperti di bawah.

Alamat pejabat:
Kumpulan 16 Berjaya trading,
No.11 tingkat 2,
Bangunan Jalan Merbak,
05100 Alor Star,Kedah.
No . tel : 04-7387654

Alamat klinik:
Klinik Bm 16,
No.88 Jalan Rajawali,
05100 Alor Star,Kedah.